Pertukaran Tarikh Larian Bersama Bomba 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ingin memaklumkan bahawa Larian Bersama Bomba Kali Ke-XVI Tahun 2018 yang akan berlangsung pada 12 Mei 2018 terpaksa ditunda ke tarikh baharu seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 28 Julai 2018 (Sabtu)
Masa : 6.00 pagi hingga 12 tengahari
Tempat : Dataran Merdeka Kuala Lumpur

Penundaan tarikh ini adalah bagi tujuan memberi laluan kepada Pilihanraya Umum  ke 14 (PRU-14) yang akan berlangsung pada 9 Mei 2018. JBPM dengan rasa rendah hati memohon kemaafan diatas kesulitan ini. Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam menjayakan program Larian Bersama Bomba 2018 amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Pendaftaran masih lagi dibuka dan tarikh tutup penyertaan Larian Bersama Bomba 2018 adalah pada 21 Julai 2018 (Sabtu).

daftar online larian bomba 2018

*UNTUK PESERTA YANG MEMBUAT PENDAFTARAN BERMULA PADA 25 APRIL 2018 BAJU DAN BIP BOLEH DIAMBIL DI IBU PEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT KUALA LUMPUR JALAN MAHARAJALELA, 50648 KUALA LUMPUR BERMULA PADA 21 JULAI 2018 HINGGA 22 JULAI 2018 (SABTU & AHAD) PUKUL 9.00 PAGI HINGGA 05.00 PETANG.

MANAKALA PESERTA YANG TELAH MEMBUAT PENDAFTARAN SEBELUM INI, BAJU DAN BIP BOLEH DIAMBIL DI IBU PEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT KUALA LUMPUR JALAN MAHARAJALELA, 50648 KUALA LUMPUR BERMULA PADA 12 MEI 2018 HINGGA 13 MEI 2018 (SABTU&AHAD) PUKUL 9.00 PAGI HINGGA 05.00 PETANG

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Jawatankuasa Pendaftaran Larian Bersama Bomba 2018

Last update : 04 Mei 2018

2 thoughts on “Pertukaran Tarikh Larian Bersama Bomba 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.