Larian Bersama Bomba (LBB) pada tahun 2018 merupakan LBB kali ke – XVI pelaksanaannya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur yang dilaksanakan sejak tahun 2002 bersempena dengan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia.
Penganjuran LBB pada kali ini berkonsepkan BOMBA BERSAMA MASYARAKAT – FUN & RUN diterjemahkan melalui aktiviti larian keseronokan dan terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia dan juga dari luar Negara. LBB XVI 2018 dianjurkan oleh JBPM Kuala Lumpur melalui Persatuan Sukan dan Kebajikan Anggota Bomba Kuala Lumpur (PERSKEB KL) dan mendapat kerjasama erat dari Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur.
TARIKH : 12 MEI 2018 (SABTU)
MASA : 0630
TEMPAT : DATARAN MERDEKA KUALA LUMPUR